Lumrah bila menjelang Romadhon dan hari raya, kita akan dihiburkan dengan bedilan-bedilan mercun dan permainan bunga api oleh anak-anak malah kadang-kadang orang-orang tua pun bermain juga. Sememangnya setiap bedilan dan percikkan bunga api memberikan kegumbiraan, kebahagiaan dan kepuasan kepada orang-orang orang yang membedil, kepada orang-orang yang memercikkan api dan juga kepada orang-orang yang menengok akan gelagat-gelagat mereka.
Namun, ada juga ketikanya kita dihebahkan dengan kecederaan malah kematian ekoran permainan bunga api dan mercun ini. Walaubagaimanapun, nisbah kecelakaan melawan nisbah tiada kecelakaan amatlah kecil. Dalam sepuluh ribu orang, ada sorang yang putus jarinya dek meriam buluh. Dalam tiga puluh ribu orang, ada seorang yang putus telinganya dek mercun sendiri. Dalam sejuta orang, ada seorang yang mati dilanggar lori muatan mercun.
Memang tidak dinafikan bahawa bermain mercun dan bunga api adalah satu pembaziran. Tetapi jika ianya dimainkan dalam kuantiti yang kecil dan sedikit, malah tidak sampai melalaikan, bagi penulis ianya tidak mengapa dan tidaklah salah. Mana lagi membazir, anak bermain mercun dan bunga api atau pertunjukan bunga api di malam tahun baru dan hari kemerdekaan?
Kemudiannya...
Sementara itu pada sambutan tahun baru dan hari kemerdekaan.







No comments:
Post a Comment