June 24, 2015

Sila Pecat Slipa


Kejadian di sebuah premis milik penuh kerajaan persekutuan. Takkala ramai orang ramai berurusan dengan wakil dari pihak kerajaan untuk menyelesaikan urusan yang mereka rasa perlu, seorang insan yang cekal yang belum sempat berurusan dengan wakil dari pihak kerajaan telah terdetik dalam hatinya untuk melepaskan hajat. Lalu menyendirilah insan cekal itu ke tempat yang telah disediakan di premis milik penuh kerajaan persekutuan itu untuk melepaskan hajatnya.

Dipendekkan, perlu menanggalkan selipar, kasut dan segala jenis alas kaki sebelum masuk. Insan cekal tak perasan. Makcik cuci tegur. 

"Bla bla bla ... kene tanggalkan ... bla bla bla ... letih ... GST ... bla bla ... kotor ... anak masuk universiti ... bla bla." 

Insan cekal mintak maaf. Makcik macam tak kisah. Kedua-dua berbaik semula. Semua di kaunter di permis milik penuh kerajaan persekutuan bertepuk tangan, yang duduk dikerusi juga berdiri dan tepuk tangan tanda gembira. Sekian.




Nota kaki: Pecat boleh membaca maksud yang pelbagai. Jika di pedalaman Afrika, ia merujuk kepada tapak pokok yang telah ditebang. Namun di pantai timur Malaysia, ianya boleh dimaksudkan sebagai buang atau tanggalkan.

No comments: